Webinar Bijak Berbicara - Sajak Siri 3


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Hebahan mengenai Webinar Bijak Berbicara Latihan Sajak Siri 3 di bawah elemen  _Special Programme_  NADI Tuisyen Rakyat adalah seperti berikut:

Tajuk:   Webinar Bijak Berbicara Latihan Sajak Siri 3
Tarikh: 28 Jun 2026 (Ahad)
Masa: 2.30 petang – 3.30 petang


Sasaran: Terbuka kepada pelajar yang berminat meningkatkan kemahiran pengucapan dan persembahan sajak.

*Arahan Pendaftaran & Penyertaan*

Pendaftaran:
Pendaftaran Webinar Berkala di bawah elemen  _Special Programme _ hendaklah didaftarkan melalui  _Course Special Programme_ .

Penyertaan:
Penyertaan program hanya akan dikira melalui kehadiran yang ditanda di dalam  _Course Special Programme_ (LMS) dan NES oleh pelajar atau petugas NADI.

Platform:
Sesi pembelajaran dijalankan sepenuhnya melalui akaun LMS NADI Tuisyen Rakyat peserta.

*Kaedah Pelaksanaan di NADI*

Lebih 1 Pelajar: Pancarkan sesi di skrin bilik latihan.
Hanya 1 Pelajar: Boleh gunakan PC dan headset di meja individu.

Mohon pastikan pelajar mengikuti program ini di NADI bagi memudahkan pemantauan tingkah laku dan pertuturan sepanjang sesi berlangsung.

*Proses Pendaftaran Peserta Baharu*

Bagi NADI yang ingin mendaftarkan peserta baharu (pelajar yang belum mempunyai akaun pengguna LMS), sila ikuti langkah-langkah berikut:

1.Log masuk ke akaun admin LMS NADI Tuisyen Rakyat (dilea.nadi.my).
2.Klik menu  _Manage User._
3.Pilih  _Create User._
4.Lengkapkan maklumat pelajar.
5.Klik  _Create User._

Setelah akaun pelajar berjaya dicipta, admin perlu  _enrol _ pelajar ke dalam  _course Special Programme._

1.Langkah  _enrol course_ adalah seperti berikut:
2.Pilih  _course _ yang berkenaan.
3.Klik  _Participants._
4.Klik  _Create users._
5.Cari dan pilih nama pelajar, kemudian klik  _Create users._

Bersama-sama ini dilampirkan poster hebahan untuk memudahkan pihak NADI membuat hebahan kepada pelajar dan ibu bapa di komuniti setempat.

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua.

--
SSO Perkhidmatan Pintar
NADI Tuisyen Rakyat
.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama