NADI Tuisyen Rakyat Bulan Julai 2026


*SUBJEK: PENGUMUMAN JADUAL PROGRAM SEPANJANG BULAN JULAI 2026*

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

*Maklumat Penting: Laporan Penyertaan Program _Guidance Activity_*

Mulai bulan *Julai 2026*, NADI Tuisyen Rakyat memerlukan pihak NADI menghantar laporan bagi program _Guidance Activity_ yang disertai oleh pelajar _Guidance Tuition_ sepanjang siri ini berlangsung pada setiap bulan. Laporan yang dimaksudkan adalah rekod penyertaan pelajar melalui NADI _E-system_ (NES) dan juga LMS NADI Tuisyen Rakyat. SOP bagi program ini disertakan di bawah.

------------------------------------------------------------------

*Maklumat Program Bulan Julai 2026*

Berikut adalah maklumat terkini mengenai program *NADI Tuisyen Rakyat* bagi _Guidance Tuition, Guidance Activity, Open Tuition, Video on Demand (VOD) – Revision Video_, dan _English Proficiency_ yang akan dijalankan sepanjang bulan *Julai 2026*

1. Sesi _Guidance Tuition_

* *Tingkatan 4:* Sesi kelas dijalankan pada hari Ahad – Jumaat mengikut zon yang ditetapkan.
* *Tingkatan 5:* Sesi kelas dijalankan pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad mengikut zon yang ditetapkan.

2. Sesi _Open Tuition_

* *Sesi pagi:* 9.15 pagi – 10.15 pagi (untuk Tingkatan 1 & 2 sahaja)
* *Sesi petang:* 3.30 petang – 4.30 petang (untuk Tingkatan 1–6) mengikut jadual yang telah ditetapkan.

3. _Guidance Activity_
Program bimbingan yang dijalankan sebanyak 6 siri setiap bulan untuk pelajar yang menyertai _Guidance Tuition_. Pelajar dikehendaki menyertai program ini mengikut jadual yang telah ditetapkan.

4. _Video on Demand (VOD) – Revision Video_
Rakaman penuh bagi sesi _Guidance Tuition, Open Tuition_, dan Webinar Pembelajaran juga diteruskan mengikut jadual yang disediakan. Rakaman video pembelajaran boleh ditonton pada tarikh yang ditetapkan mengikut jadual.

5. _English Proficiency_
Pelajar dikehendaki melengkapkan *Lesson 34 hingga Lesson 35* mengikut jadual yang telah ditetapkan. Program ini terbuka untuk peserta Tingkatan 4 dan 5 dari _Guidance Tuition_ sahaja.

Setiap penyertaan program hendaklah direkodkan melalui:

1. LMS NADI Tuisyen Rakyat
2. NADI _E-system_ (NES)

Dilampirkan jadual sepanjang bulan *Julai* boleh didapatkan di bawah. Setiap jadual kelas tertakluk kepada perubahan semasa dan sekiranya ada, akan dimaklumkan kembali.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui saluran berikut:

* Telegram (ALL NADI): https://t.me/+pqrz-x8nfbpIYmU1
* WhatsApp (NADI Support): http://linktr.ee/dilea.support

Kerjasama dan keprihatinan anda dalam memastikan penyampaian maklumat ini kepada peserta amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

--
SSO Perkhidmatan Pintar
NADI Tuisyen Rakyat
.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama