TIKTOK, INSTAGRAM & THREADS : BAGAIMANA DATA ANDA BOLEH DIKUMPUL TANPA SEDAR




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jemputan untuk menyertai Webinar NADI x Cybersecurity bertarikh 23 JULAI 2026 yang bertajuk TIKTOK,INSTAGRAM & THREADS : BAGAIMANA DATA ANDA BOLEH DIKUMPUL TANPA SEDAR . Butiran lanjut adalah seperti dibawah:


Tarikh 23 JULAI 2026
Masa Khamis, 3:00 petang - 4:30 petang
Platform Zoom
Pautan Penyertaan cybersecurity.nadi.my


TIKTOK,INSTAGRAM & THREADS : BAGAIMANA DATA ANDA BOLEH DIKUMPUL TANPA SEDAR :

Sertai webinar ini untuk memahami bagaimana platform media sosial seperti TikTok, Instagram dan Threads mengumpul data pengguna, jenis maklumat yang direkodkan, serta bagaimana data tersebut digunakan bagi tujuan pengiklanan, cadangan kandungan dan profil digital.Peserta juga akan mempelajari cara mengurus tetapan privasi, mengenal pasti risiko perkongsian maklumat peribadi, serta mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang dapat melindungi identiti dan jejak digital daripada disalahgunakan.


Syarat Penyertaan:

  • Berdaftar sebagai Ahli NADI
  • Setiap NADI wajib menghantar sekurang-kurangnya 1 penyertaan

Sekian, terima kasih 


Yang Benar,



Sekretariat NADI x Cybersecurity

Memperkasa Keselamatan Siber, Melindungi Generasi Digital.


 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama