📢 PEMAKLUMAN & JEMPUTAN WEBINAR NADI X CYBERSECURITY
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa NADI x Cybersecurity akan mengadakan sesi webinar bertajuk:
🔐 “MACAM MANA HACKER AMBIL ALIH WHATSAPP, TELEGRAM & AKAUN MEDIA SOSIAL”
📅 Tarikh: 24 September 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 3.00 petang – 4.30 petang
💻 Platform: LMS Cybersecurity
👥 Sasaran: Pelajar, ibu bapa dan dewasa
Sesi ini akan membincangkan bagaimana akaun WhatsApp, Telegram dan media sosial boleh diambil alih oleh pihak tidak bertanggungjawab serta langkah-langkah yang boleh diamalkan bagi melindungi akaun dan maklumat peribadi.
📌 Perhatian kepada para petugas NADI:
Bagi NADI yang masih belum melengkapkan KPI bagi bulan ini, mohon mengambil peluang untuk menyertai webinar ini. Penyertaan dalam program NADI x Cybersecurity ini boleh membantu melengkapkan KPI program yang ditetapkan.
Mohon para petugas turut membantu mengingatkan dan menggalakkan komuniti setempat untuk menyertai sesi ini.
.
.